Octopus (fishingkaki.multiply.com)

Blog EntryKarang Ngah 14 on 15-Oct-2005Oct 21, '05 11:26 PM
for everyone
Guys, I followed the MFN group for year-end closing trip to Karang Ngah on above date. This time we having 1d1n trip due to fasting month for Muslim. Boat arrived at jetty about 3.15pm. 1st spot is unjam Tokong Yu. We catch many Apollo fishes such as selar, kembong, tamban for live bait and for our dinner as well. We fish around Tokong Yu on 2 spot only cause the current so strong at the nighttime. We manage to catch small shark, small GT, pasir & tambak. I caught 1 GT with jigging hehe. Many strike but broke off cause didn’t use the wire and suspected big barracuda. Evil or Very Mad

After breakfast, we go to Karang Ngah. Once the sunrise, Apollo fishes such as selar, tamban, kembong, selayang strike a lot. Almost full house for Apollo rigs. The size of selar quite big and fight like big fish. After tekong parking on a karang spot nearby, we start our tenggiri hunting. Few strikes but only land 1. Most of them got away where the rig not good and the drag tension setting too tide. A big coral trout caught by bottom rig about 2kg. A short while, 1 baby blue marlin took the live bait on mackies setup. About 10min later, land, photograph & release back.
Around 12.30pm we moved to unjam darat for Apollo fishes as tenggiri hunting not so successful. Here we enjoy our Apollo fishing and surprisingly there is a group of “tuna” fish- Tonggol haha local tuna. They are very good fighter, I land 1 of them in 10min time on my 20lb setup. Around 3pm we start our journey back.

Detail posting on Wan
-------------------
Akhirnya trip Karang Ngah 14 @ terakhir untuk tahun 2005 ini berjaya disempurnakan dengan penyertaan 7 orang MFN former yang terdiri dari Sebarau, Ahmad Fairuz, Miloz dan Belus dari KL manakala peserta dari johor pula 3 orang iaitu Octopus, Pipitebal dan kawan.
Kenkawan dari KL sampai P. Gudang jam 11 pagi dan bersiar siar sekitar P. Gudang dengan ditemani Pipitebal sementara menunggu kawan balik kerja jam 12.30 tgh. Udang hidup yang kawan tempah dari kolam pancing Akob Senibong telah diuruskan oleh Pipitebal. Kami berkumpul di rumah kawan sambil berkenalan dan sessi berkemas. Setelah selesai masukkan barang2 dan kelengkapan perang ke kereta kami meneruskan perjalanan ke Sedili tanpa menunggu ketibaan Octopus kerana beliau dijangka habis kerja jam 1 petang. Beliau akan bertolak dari JB dan akan berkumpul di jeti LKIM Sedili jam 3 petang.
Kami singgah diTiram untuk isi minyak sementara kawan belikan air mineral dan bekalan untuk berbuka. Kami sampai jeti LKIM Sedili jam 2.45 dan terus turunkan barang pancing dan bekalan di jeti sambil menunggu kedatangan bot Idris. Angin sepoi2 bahasa sudah terasa semasa kami berada di jeti membuatkan kawan berasa resah bimbang takut ada kenkawan yang mabuk. Kelihatan beberapa tan ikan baja dikeluarkan dari kapal pukat tunda. Manakala beberapa tan lagi sudah pun berada diatas lori. Pipitebal yang hanya satu2 orang yang bawa kemera mendekati kawasan ikan baja tadi dan snapkan beberapa keeping gambar. Kami hanya mampu melihat kemusnahan yang terpampang didepan mata didalam kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang bertanggung jawab menguruskan tindak tanduk nelayan dan menguruskan hasil tangkapan mereka.
Bot Idris sampai jeti jam 3.15 petang dan terus membawa kami ke Unjam Tokong Yu.
Diunjam banyak ikan selar dan kembong dapat kami naikkan menggunakan Apollo. Semua ikan2 ini kami hidupkan dalam sangkar untuk jadikan umpan manakala separuh lagi dimasak untuk hidangan berbuka puasa.
Kami berbuka puasa jam 7 petang untuk mengelakkan was2. Karipap panas yang dibawa Pipitebal dan air Jus Mangga Peel Fresh menjadi juadah berbuka kami. Hidangan nasi putih berlaukkan gulai ikan selar campur nenas dan sayur goring membuatkan kami berbuka dengan berselera sekali.
Kami hanya memancing di 2 spot kawasan Tokong Yu kerana arus yang laju ditengah laut. Sepanjang malam kami hanya berjaya naikkan beberapa ekor ikan dasar spt Tambak, Kerong2, Pasir dan Cupak. Beberapa kejadian perambut putus dialami oleh kami kerana tidak gunakan steelwire. Umpan ikan selar hidup dan tongkol mati yang kami pasang kena makan tetapi perambut 50lb diputuskan begitu saja. Kemungkinan ikan Tenggiri atau Barracuda punya kerja. Selesai bersahur jam 4 pagi kami dibawa ke unjam Karang Ngah untuk dapatkan umpan. Kami bersahur berlaukkan Kuah Asam Pedas Cupak dan Tambak. Minuman teh panas menjadi minuman terakhir kami sebelum masuknya waktu imsak.
Kami sampai ke unjam Karang Ngah jam 6 pagi tetapi masih gelap membuatkan jigging Apollo kami tidak berkesan. Ikan Kembong dan Selar kasar mulai galak makan bila saja matahari mula terbit. Kami terus Apollo sehingga jam 9 pagi untuk kumpulkan sebanyak mungkin hasil untuk dibawa pulang kerana keadaan begini jarang berlaku di karang ngah dimana ikan Apollo sembat dengan banyak sekali. Kebanyakan Apollo kami full house dikerjakan Kembong, Selar, Selayang dan Tamban.
DiKarang Ngah kelihatan 6 bot nelayan sedang memancing Tenggiri. Idris mencari spot yang sesuai menggunakan Fish Finder dan telah jumpa satu karang yang dipenuhi ikan. Setelah sauh melekat saja kawan terus saja hulurkan umpan Tenggiri iaitu kembong hidup. Turun saja umpan terus disambar Tenggiri tapi malangnya kawan belum sempat lagi setting drag apa lagi meletuplah perambut 20lb kawan. Kenkawan semua bertambah semangat untuk tarik Tenggiri tetapi malangnya kesemuanya rabut dan putus. Kawan turunkan umpan sekali lagi dan kali ini kawan sudah bersedia dengan drag untuk Tenggiri. Tak sampai 10 minit sekali lagi rentapan dan larian yang ganas kena pada joran kawan. Setelah dihooked up kawan dapat rasakan Tenggiri bersaiz bagak dihujung pancing kawan. Kawan terpaksa berlemah lembut dengan ikan ini kerana kami masih tidak dapat naikkan seekor pun lagi Tenggiri. Setelah 20 minit barulah kelihatan Tenggiri yang boleh tahan besar timbul dipermukaan air dan digancu cepat oleh Yus awak2 Idris.
Tenggiri 8kg berjaya kawan naikkan berumpankan kembong hidup. Hanya itulah seekor yang berjaya dinaikkan walau pun 6 kali pancing kenkawan dan tekong disentap kuat. Kerapu bara seberat 2kg berjaya ditumpaskan oleh Sebarau dan ikan ketarap berskala 1.5kg ditewaskan oleh Ahmad Fairuz. Set Sebarau ditarik kuat semasa semua orang sudah mancing dasar. Tak sampai seminit seekor anak Blue Marlin malambungkan diri. Tarikannya mengalahkan tenggiri kuat dan laju. Setelah berjaya naik ke bot bergambar dan dilepaskan kembali.
Kami beredar ke unjam setelah tenggiri karang ngah sudah kurang galak makan umpan disebabkan banyak terdapat ikan kembong dan selar dikawasan tersebut. Awak2 Idris iaitu Yus dan Faizal berhasil naikkan banyak species Apollo disitu. Kami kumpulkan sebanyak mungkin ikan Apollo sebelum berpindah pula ke unjam darat. Jam 12.30 kami beredar ke unjam darat untuk menambah hasil negara. Memang ternyata betul ramalan tekong yang ikan Apollo banyak mendiami unjam ini. Beberapa mata Apollo putus tanpa dapat merasakan tarikan ikan besar. Tekong perasankan bahawa ikan Aya putih mengacau Apollo jadi beliau arahkan Yus pancing Aya menggunakan bulu. Umpan tali raffia berwarna biru diikat pada perambut 30lb sepanjang 6 meter. 3 ekor tongkol berskala 2.5kg hingga 3.5kg berjaya dinaikkan oleh awak2 dan 3 ekor lagi dinaikkan Sebarau, Pipitebal dan Belus. Jam 3 petang kami mulai meninggalkan Unjam untuk balik ke jeti dengan seribu kenangan. Kami sampai jeti LKIM jam 6 petang. Jam 8mlm kami semua sampai kerumah kawan di P. Gudang. Sessi photografi dan pengagihan ikan dijalankan sementara kenkawan semua mandi untuk sihatkan badan dirumah kawan. Jam 11 kenkawan dari KL dan kenkawan lain semua beredar pulang kedestinasi masing2.
Hasil keseluruhan:
1.Tenggiri – seekor 8kg
2.Ketarap - 2 ekor 1.5kg dan 1kg
3.Kerapu Bara - 2kg
4.Unggah Tanda – 5 ekor berskala 1kg
5.Aya Putih – 11 ekor- 200gm dan 3kg.
6.Kembong,Selar dan Selayang 3 tong
Seekor anak Blue Marlin seberat 5kg dapat ditangkap & dilepaskan kembali
Dengan berakhirnya trip maka rasmilah tenggiri ke100 dan majlis penutupnya akan diadakan pada 22/10/05 dipasir gudang.


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help